Friday, 28 April 2017

KUNJUNGAN CIKGU HJH SUMBER SEBELUM BERSARA

28 April 2017 bersamaan Hari Jumaat bertempat perkarangan no parking no boarding SK Bukit Kallam kunjungan Cikgu Hjh Sumber ke sekolah lama sebelum bersara.

Thursday, 27 April 2017

SALAM TAKZIAH

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن

Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ

“"Allahumma firlahu warhamhu waafihi wafu`anhu"

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia,muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Salam Takziah kepada Cikgu Rozita Hj Abdul Rahman yang baru sahaja kehilangan Suami Tercinta pada jam 7 pagi tadi. Semoga Tabah menghadapi ujian ini dan sama-sama kita doakan agar rohnya di tempatkan bersama-sama orang yang beriman. ALFATIHAH

Friday, 21 April 2017

KHASIAT KELAPA MUDA, SERAI DAN HALBA

Khasiat Kelapa Muda dan Serai Untuk Penyakit Kronik

Contoh


Mudah-mudahan Artikal kali ini dapat membantu anda diluar sana dan boleh di cuba. Kita hanya tawakal sahaja selainnya Allah juga yang menyembuhkan. Saya mengambil artikal ini dari Khasiat Air Kelapa Muda . Semua penyakit ada ubatnya kecuali Mati. Jika ada ahli keluarga anda yang menghidap penyakit jantung, diabetes, kencing manis dan darah tinggi boleh cuba kelapa muda. 

Caranya:
1. Kelapa muda
2. Tiga batang serai
3. Tujuh biji halba

Cara membuatnya:
masukkan tiga batang serai yang telah diketuk tadi ke air kelapa dan masukkan tujuh biji halba masukkan ke dalam kelapa muda dan panaskan. Tidak perlu memasang api besar kerana bukan hendak air kelapa itu mendidih. Sesudah itu minumlah air kelapa itu tanpa menggunakan gelas. Untuk mengambil isinya jangan gunakan sudu, hanya mengunakan batang serai yang dimasak tadi. Mudah-mudahan dapat membantu anda. Selamat mencuba


MUKADIMAH

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam mula di wujudkan pada 19 Febuari 2016 bersamaan Hari Jumaat. Laman blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Insha Allah.. Susun atur bicara pun tidak perlulah terlalu formal, kita buat santai santai sahaja.Vle Frog pun masih lagi beroperasi seperti biasa.Harapan Admin agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah .Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama,Petua dan sebagainya untuk dikongsikan bersama. Semoga dengan wujudnya laman blog sekolah ini, hari anda akan lebih ceria lagi. SKBK HEBAT

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Melestarikan : Usaha mengekalkan
Sistem : Set prosedur/ pengorganisasian
Pendidikan : Ilmu pengetahuan mendidik
Berkualiti : Bermutu/ bernilai tinggi
Membangun : Usaha memajukan
Potensi : Keupayaan/ kemampuan/ untuk mencapai/ menghasilkan/ melakukan sesuatu
Individu : Murid
Aspirasi : Cita-cita/ kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Negara : Malaysia
VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Pendidikan : Ilmu mendidik pengetahuan untuk mendidik dalam bentuk mengajar/ melatih/ membimbing
Berkualiti : Bermutu dan bernilai tinggi
Insan : Murid
Terdidik : Menerima didikan
Negara : Malaysia
Sejahtera : Harmoni


Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam komited menyampaikan ilmu mendidik yang bernilai tinggi kepada murid sekolah ini supaya mereka menerima didikan yang membolehkan Malaysia sentiasa berada dalam suasana yang harmoni.



FALSAFAH SEKOLAH
Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam sentiasa berusaha mengekalkan sistem pendidikan yang bernilai tinggi

MOTO SEKOLAH
"CERIA CEMERLANG"

YELL SEKOLAH
SKBK HEBAT

Email tidak Rasmi : skbk2016@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...