Friday 26 February 2016

POKOK HIASAN BERACUN

Artikal kali ini mungkin agak mengejutkan kerana sewaktu admin tengah melayari internet, admin terbaca satu artikal yang agak membimbangkan juga. Ianya berkait rapat dengan pokok hiasan yang selalu kita lihat. Admin sendiri pun tidak pasti dengan kesahihan cerita tersebut. 


Pernah nampak ? Pokok hiasan ini sangat beracun dan boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Pokok hiasan ini banyak di tanam kawasan rumah, pejabat malahan ada juga di sekolah. 
Admin pun tidak berapa pasti akan kesahihan cerita ini. Admin cuma kongsikan sahaja .. 
kredit to :- santaisini ( kisah pokok beracun )

p/s: kepada warga skbk yang ada cerita menarik untuk di kongsikan ,ataupun berminat untuk menjadi salah seorang admin blog skbk bolehlah berjumpa dengan  Unit ICT..



No comments:

Post a Comment

MUKADIMAH

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam mula di wujudkan pada 19 Febuari 2016 bersamaan Hari Jumaat. Laman blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Insha Allah.. Susun atur bicara pun tidak perlulah terlalu formal, kita buat santai santai sahaja.Vle Frog pun masih lagi beroperasi seperti biasa.Harapan Admin agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah .Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama,Petua dan sebagainya untuk dikongsikan bersama. Semoga dengan wujudnya laman blog sekolah ini, hari anda akan lebih ceria lagi. SKBK HEBAT

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Melestarikan : Usaha mengekalkan
Sistem : Set prosedur/ pengorganisasian
Pendidikan : Ilmu pengetahuan mendidik
Berkualiti : Bermutu/ bernilai tinggi
Membangun : Usaha memajukan
Potensi : Keupayaan/ kemampuan/ untuk mencapai/ menghasilkan/ melakukan sesuatu
Individu : Murid
Aspirasi : Cita-cita/ kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Negara : Malaysia
VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Pendidikan : Ilmu mendidik pengetahuan untuk mendidik dalam bentuk mengajar/ melatih/ membimbing
Berkualiti : Bermutu dan bernilai tinggi
Insan : Murid
Terdidik : Menerima didikan
Negara : Malaysia
Sejahtera : Harmoni


Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam komited menyampaikan ilmu mendidik yang bernilai tinggi kepada murid sekolah ini supaya mereka menerima didikan yang membolehkan Malaysia sentiasa berada dalam suasana yang harmoni.



FALSAFAH SEKOLAH
Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam sentiasa berusaha mengekalkan sistem pendidikan yang bernilai tinggi

MOTO SEKOLAH
"CERIA CEMERLANG"

YELL SEKOLAH
SKBK HEBAT

Email tidak Rasmi : skbk2016@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...