Wednesday 3 May 2017

PANDUAN LATIHAN KEBAKARAN DI SEKOLAH



PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN
  1. Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
  2. Semua murid hendaklah:
  • berhenti daripada membuat semua kerja.
  • berdiri dengan tenang.
  • membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
  • mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
  • guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
  • semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
  1. Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
  2. Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
  3. Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
  4. Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
  5. Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
  6. Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
  7. Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
  8. Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
  9. Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh, Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.
  10. Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
  11. Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
  12. Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
  13. Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.
TUGAS GURU KELAS
  • Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
  • Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
  • Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
  • Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.
TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR
  • Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak  selamat
  • Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat
TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
  • Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang
  • Tutup semua suis elektrik dan pintu.
  • Iringi murid ke tapak selamat.

No comments:

Post a Comment

MUKADIMAH

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam mula di wujudkan pada 19 Febuari 2016 bersamaan Hari Jumaat. Laman blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Insha Allah.. Susun atur bicara pun tidak perlulah terlalu formal, kita buat santai santai sahaja.Vle Frog pun masih lagi beroperasi seperti biasa.Harapan Admin agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah .Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama,Petua dan sebagainya untuk dikongsikan bersama. Semoga dengan wujudnya laman blog sekolah ini, hari anda akan lebih ceria lagi. SKBK HEBAT

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Melestarikan : Usaha mengekalkan
Sistem : Set prosedur/ pengorganisasian
Pendidikan : Ilmu pengetahuan mendidik
Berkualiti : Bermutu/ bernilai tinggi
Membangun : Usaha memajukan
Potensi : Keupayaan/ kemampuan/ untuk mencapai/ menghasilkan/ melakukan sesuatu
Individu : Murid
Aspirasi : Cita-cita/ kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Negara : Malaysia
VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Pendidikan : Ilmu mendidik pengetahuan untuk mendidik dalam bentuk mengajar/ melatih/ membimbing
Berkualiti : Bermutu dan bernilai tinggi
Insan : Murid
Terdidik : Menerima didikan
Negara : Malaysia
Sejahtera : Harmoni


Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam komited menyampaikan ilmu mendidik yang bernilai tinggi kepada murid sekolah ini supaya mereka menerima didikan yang membolehkan Malaysia sentiasa berada dalam suasana yang harmoni.



FALSAFAH SEKOLAH
Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam sentiasa berusaha mengekalkan sistem pendidikan yang bernilai tinggi

MOTO SEKOLAH
"CERIA CEMERLANG"

YELL SEKOLAH
SKBK HEBAT

Email tidak Rasmi : skbk2016@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...