Wednesday 6 February 2019

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

Design by : Freepik

Tahun Baru Cina  merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan
dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA

kredit:wikipedia

No comments:

Post a Comment

MUKADIMAH

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam mula di wujudkan pada 19 Febuari 2016 bersamaan Hari Jumaat. Laman blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Insha Allah.. Susun atur bicara pun tidak perlulah terlalu formal, kita buat santai santai sahaja.Vle Frog pun masih lagi beroperasi seperti biasa.Harapan Admin agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah .Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama,Petua dan sebagainya untuk dikongsikan bersama. Semoga dengan wujudnya laman blog sekolah ini, hari anda akan lebih ceria lagi. SKBK HEBAT

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Melestarikan : Usaha mengekalkan
Sistem : Set prosedur/ pengorganisasian
Pendidikan : Ilmu pengetahuan mendidik
Berkualiti : Bermutu/ bernilai tinggi
Membangun : Usaha memajukan
Potensi : Keupayaan/ kemampuan/ untuk mencapai/ menghasilkan/ melakukan sesuatu
Individu : Murid
Aspirasi : Cita-cita/ kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Negara : Malaysia
VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Pendidikan : Ilmu mendidik pengetahuan untuk mendidik dalam bentuk mengajar/ melatih/ membimbing
Berkualiti : Bermutu dan bernilai tinggi
Insan : Murid
Terdidik : Menerima didikan
Negara : Malaysia
Sejahtera : Harmoni


Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam komited menyampaikan ilmu mendidik yang bernilai tinggi kepada murid sekolah ini supaya mereka menerima didikan yang membolehkan Malaysia sentiasa berada dalam suasana yang harmoni.



FALSAFAH SEKOLAH
Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam sentiasa berusaha mengekalkan sistem pendidikan yang bernilai tinggi

MOTO SEKOLAH
"CERIA CEMERLANG"

YELL SEKOLAH
SKBK HEBAT

Email tidak Rasmi : skbk2016@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...