Nota : Sesetengah penyelesaian (langkah demi langkah) dikhususkan untuk 
pengguna komputer dengan sistem operasi (OS) Windows 7 sahaja.



Perkakasan (Hardware)

1.         Gangguan bekalan kuasa

Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan 
secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang 
turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. 
Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Penyelesaian

Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan
 aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi
 gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa
 yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup PC terlebih 
dahulu jika perlu.

2.         Kepanasan

Sering kali berlaku kes komputer/laptop tidak memiliki sistem penyejukan
 yang mencukupi yang mana tidak mampu menampung kerja-kerja yang 
anda sedang lakukan. Apabila ia berlaku, komponen komputer/laptop 
tersebut mulai menjana haba berlebihan semasa beroperasi.

Penyelesaian

Untuk mengelakkan masalah ini berterusan, matikan komputer/laptop
 anda terlebih dahulu dan biarkan ia sebentar. Selain itu, periksa 
pada kipas bagi memastikan ia berfungsi dengan baik. Untuk laptop,
 jangan biarkan ia di atas lantai semasa bekerja sebaliknya dapatkan
 kipas tambahan sebagai sokongan penyejukan.

3.         Bunyi asing dan getaran

Masalah ini hampir-hampir pasti berkaitan perkakasan pada komputer 
anda. Bunyi yang bernada tinggi biasanya disebabkan oleh perkakasan 
elektronik. Walau apa pun alasannya, anda boleh cuba untuk 
melakukan pemeriksaan awal.

Penyelesaian

Buka sarung kepada CPU anda berhati-hati untuk mengetahui penyebab
 masalah tersebut. Periksa sama ada ia datang daripada kipas atau 
wayar/skru yang longgar daripada kedudukan asal. Jika ia bukan berpunca
 daripada dua masalah tersebut, jangan usik komponen lain dan dapatkan
 bantuan yang lebih pakar.

4.         Selalu reboot sendiri

Masalah yang biasa dialami oleh komputer ialah kadang kala akan 
berulang kali reboot sendiri tanpa permintaan. Kes ini selalunya 
disebabkan oleh perkakasan komputer itu sendiri.

Penyelesaian

Periksa keadaan semasa bekalan kuasa yang anda gunakan, 
sama ada telah mengalami kerosakan atau pun masih dalam 
keadaan baik. Selain itu, mungkin kipas penyejuk anda telah kotor 
yang mana habuk yang terkumpul pada kipas akan mempercepatkan
 pemanasan yang mana akan menyebabkan komputer anda 
akan mati secara automatik.

5.         Sambungan USB tidak berfungsi

Kadang kala apabila anda cuba menyambung peranti seperti 
pencetak, scanner, kamera web dan lain-lain melalui USB ke 
komputer/laptop/notebook/dll, ia tidak berfungsi. Sebenarnya, sesetengah
 port hab USB, monitor atau peranti lain yang digunakan sebagai perantara
 tidak memberikan kuasa yang mencukupi untuk menyokong peranti
 tersebut. Ia memerlukan hab yang memiliki kod kuasa tersendiri untuk 
berfungsi dengan baik.

Penyelesaian

Cuba untuk terus menyambung USB tersebut secara langsung ke salah 
satu port USB komputer anda tanpa sebarang perantara. Alatan kecil 
seperti pemacu USB, mouse dan lain-lain memiliki kod kuasa sendiri tetapi
 elakkan menggunakan perantara bagi peranti yang memerlukan lebih kuasa.    

6.         Masalah pencetak (printer)

Pertama sekali perkara yang perlu dilakukan adalah sambungkan secara 
tepat pencetak ke komputer anda mengikut arahan pengilang pencetak anda.
 Kemudian cuba untuktroubleshooter pencetak tersebut yang mana ia akan
 mendiagnosis secara automatik dan menyelesaikan masalah anda.

Penyelesaian

Windows 7 - Buka troubleshooter pencetak dengan klik pada Start  ̶>
 Control Panel  ̶> taip troubleshooter pada kotak carian  ̶> 
Troubleshooting  ̶> Di bawah Hardware and Sound, klik pada 
Use a printer  ̶> Next.

Tindak Balas

7.         Prestasi komputer semakin perlahan

Apabila menyedari komputer anda mulai perlahan dengan ketara
 tidak sepadan dengan usianya, masalah yang mungkin dialami 
antaranya adalah telah dimuatkan dengan fail-fail yang tidak perlu, 
pecahan data, registry korup, gangguan program spyware, perkhidmatan 
atau perisian.

Penyelesaian

Uruskan program dan padam data dan perisian yang tidak perlu, bersihkan
 registry dengan lebih kerap bagi membantu meningkatkan
 sekurang-kurangnya 30% daripada kelajuan prestasinya.
Cara membuang perisian yang tidak perlu atau tidak digunakan :

Windows 7 – Butang Start  ̶> Control Panel  ̶> Lihat pada 
Programs  ̶> Uninstall a program  ̶> Pilih program/perisian dan klik
 Uninstall/Change/Repair. 
#Anda perlu berhati-hati supaya tidak terbuang program/perisian yang penting.

8.         Ralat mesej ketika start-up

Pernah mengalami situasi ketika menghidupkan komputer, anda 
dapat melihat mesej-mesej ralat pada skrin seperti ‘mpclink.xyz’ 
hilang atau rosak dengan diminta klik pada sebarang kekunci 
untuk meneruskannya. Jika melihat mesej ini, anda perlu menekan 
kekunci kira-kira 8 hingga 10 kali sebelum penyambungan Windows semula.

Penyelesaian

Ini berlaku kerana anda telah hanya memadam sesuatu program 
tetapi tidak menyahaktifkan pemasangannya. Jika anda benar-benar 
ingin membuang sesuatu aplikasi atau program, ikuti seperti langkah nombor 7. 

9.         Skrin membeku (Frozen)

Apabila skrin anda tidak membenarkan sebarang tindak balas dilakukan
 atau dalam erti kata lain membeku, anda mengalami risiko kehilangan 
apa-apa kerja yang masih belum disimpan. Puncanya boleh dikatakan
 kerana RAM tidak mencukupi, konflik registry, fail korup atau hilang dan spyware.

Penyelesaian

Apabila ini berlaku, anda tiada pilihan lain selain terpaksa reboot 
komputer anda. Tekan dan tahan butang kuasa sehingga komputer 
dimatikan, kemudian mulakan semula untuk kerja-kerja pembersihan
 sistem supaya ia tidak berulang.

10.     Serangan virus dan spyware

Ia ialah sesuatu perkara normal yang berlaku kepada setiap peranti 
pengkomputeran yang sentiasa aktif di talian. Sudah menjadi kebiasaan 
bagi setiap pengguna untuk memiliki sekurang-kurangnya satu perisian 
sekuriti seperti antivirus untuk mengawalnya daripada terus merebak 
dan merosakkan sistem komputer anda. Tetapi, bagaimanakah jika 
serangan tersebut begitu menjadi-jadi tatkala perisian sekuriti anda 
masih belum dikemas kini?

Penyelesaian

Windows Defender ialah perisian antispyware yang disertakan dengan 
Windows dan berjalan secara automatik apabila ia dihidupkan. Tetapi
 anda juga perlu sentiasa mengemas kini Windows Defender bagi 
memastikan pengesanan spyware terbaru. Cara aktifkan dengan

Windows 7 – Start  ̶> taip Defender dalam kotak carian  ̶> 
Windows Defender.

11.     Tidak dapat jalankan Windows

Jika anda masih dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) 
masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Penyelesaian

Cuba menggunakan system restore jika anda berada dalam Safe Mode
 atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya.
 Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode, cuba boot ke dalam komputer
 dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki masalah 
isu start-up tersebut.

Teknikal

12.     Kehilangan fail Dynamic-Link Library (DLL)

DLL ialah fail maklumat dalaman bagi sistem operasi anda tentang
 bagaimana untuk melaksanakan fungsi-fungsi tertentu. Kadang kala, 
DLL boleh hilang dan rosak. Apabila tidak boleh membaca fail DLL 
tertentu, komputer anda tidak tahu bagaimana untuk bertindak dalam
 sesetengah keadaan berkaitan. Mesej ralat pemberitahuan akan 
dihantar ketika anda cuba melakukan fungsi yang terlibat seperti penyimpanan.

Penyelesaian

Jika masalah tersebut dikenal pasti akibat kehilangan atau kerosakan
 fail DLL, anda perlu mengenal pasti fail DLL tersebut melalui beberapa
 kaedah seperti di www.processlibrary.com dengan mendapatkan nama 
proses (dari Task Manager Windows) atau nama fail DLL dan mendapatkan
 maklumat lebih lanjut mengenai fail atau pun carian di enjin carian.

13.     Blue Screen of Death (BSoD)

Sudah tentu semua pengguna komputer pernah mengalami masalah ini 
yang mana skrin tiba-tiba menjadi biru dan muncul teks yang berwarna putih. 
Sebenarnya ia ialah salah satu petanda bahawa telah berlaku masalah
 yang agak kronik.

Penyelesaian

Untuk risau, kebanyakan masalah ini hanya memerlukan anda untuk reboot 
semula. Ralat STOP muncul di skrin anda atas pelbagai sebab termasuklah
 kegagalan perkakasan, perisian rosak, fail DLL korup, masalah dengan 
pemacu dan sebagainya. Penyelesaiannya lebih bergantung pada punca 
masalah tetapi Skrin menyediakan anda dengan kod yang boleh membantu 
rujukan anda mengenal pasti dan menyelesaikan masalah tersebut.

14.     Ruang Disk penuh

Ia berlaku kerana anda membiarkan bagi jangka masa yang lama disk 
komputer dipenuhi benda tidak berguna seperti fail internet sementara, 
fail program yang dimuat turun, komponen pilihan Windows yang tidak 
digunakan, program yang dipasang tetapi tidak digunakan serta titik pemulihan
 yang tidak digunakan dan salinan daripada System Restore. Sudah 
pasti ia memberi kesan kepada prestasi komputer.

Penyelesaian

Alatan Disk Cleanup membantu membebaskan ruang pada hard disk
 dengan mengenal pasti fail yang selamat dipadam dan memberikan 
anda pilihan untuk memadam beberapa atau semua fail yang telah dikenal pasti.

Windows 7 – Start  ̶> All Programs  ̶> Accessories  ̶> System Tools
  ̶> Disk Cleanup. Jika anda memiliki beberapa bahagian pemacu, 
anda boleh spesifik yang mana hendak dibersihkan  ̶> OK. Pilih apa
 yang ingin anda bersihkan.     

15.     Hard drive gagal berfungsi

Ini merupakan senario kes terburuk yang mana kegagalan sistem mungkin
 disebabkan hard drive rosak atau korup. Anda dapat mengesannya 
jika sistem anda tidak dapat boot, tiada sistem operasi dikesan, 
komputer hang pada permulaan serta PC anda mengeluarkan bunyi aneh.

Penyelesaian

Jika anda bimbang berkenaan keselamatan fail anda, cuba langkah-langkah
 berikut sebelum menghantar ke kedai. Anda boleh cuba untuk mengambil fail 
menggunakan CD boot dan cuba untuk menggunakan alatan pemulihan
 sistem percuma seperti SuperDuper, The Ultimate Boot CD dan sebagainya. 

16.     Windows out-of-date

Sesetengah pengguna berpendapat tidak perlu melakukan kemas kini
 pada Windows mereka walau pun mereka sebenarnya sedar ia perlu 
untuk menerima tetapan baru yang bertujuan untuk peningkatan prestasi.
 Ia kerana mereka berpendapat ia akan dilakukan secara automatik. Tetapi,
 untuk keselamatan anda juga boleh lakukannya sendiri jika Windows telah out-of-date.

Penyelesaian

Windows 7 - Start  ̶> All Programs  ̶> Windows Update  ̶> 
Check for updates. Selepas itu, pergi kepada panel kiri, pilih 
Change Settings  ̶> Pastikan Install Updates Automatically 
(Recommended) dan Every Day dipilih.

17.     Penggunaan memori berlebihan

Jika anda mulai merasakan penggunaan memori yang berlebihan
 sehingga tindakan komputer mulai perlahan apabila anda sedang
 menjalankan program tertentu, ia mungkin disebabkan oleh satu 
atau lebih program mungkin mempunyai kebocoran memori. Untuk 
menghentikan kebocoran tersebut, anda perlu menghentikannya 
dengan menutup program tersebut.

Penyelesaian

Untuk memperbaiki kebocoran memori tersebut, anda perlu memeriksa
 kemas kini perisian program tersebut atau hubungi empunya perisian. 
Tetapi, bagaimanakah untuk mengesan perisian manakah yang mengalami
 kebocoran ketika anda sedang bekerja?

Windows 7 – Buka Task Manager (Ctrl + Alt + Del)  ̶> Start Task Manager
  ̶> Klik pada tab Processes  ̶> Untuk menyusun program mengikut
 penggunaan memori, klik pada Memory (Private Working Set)

Internet

18.     Carian rangkaian wayerles

Jika dengan laptop, anda sering kali bermasalah menyambung senarai
 rangkaian wayerles ketika anda memerlukan sambungan internet 
jika peranti anda tidak menyambungnya secara automatik. Rangkaian
 wayerles hanya akan muncul jika peranti anda memiliki penyesuai 
rangkaian wayerles, driver dipasang dan penyesuai diaktifkan.

Penyelesaian

Tetapan secara manual untuk Windows 7 – Buka Connect to a Network
 dengan klik pada ikon rangkaian di kawasan notifikasi  ̶> 
lihat senarai  wayerles  ̶> klik rangkaian pilihan  ̶> Connect
#Sesetengah rangkaian memerlukan kata laluan sekuriti atau 
passphrase. Ia boleh didapatkan melalui admin rangkaian atau
 Internet service provider (ISP) untuk kata laluan/ passphrasetersebut. 

19.     Sambungan internet perlahan

Tidak kira seberapa pantas pun sambungan internet yang anda miliki, 
kadang kala anda dapat rasakan sambungannya sedikit perlahan 
daripada biasa. Windows menyediakan aplikasitroubleshooter yang 
akan secara automatik mencari dan menyelesaikan masalah sambungan biasa.

Penyelesaian

Windows 7 - Buka Internet Connections troubleshooter : Start  ̶>
 Control Panel  ̶> Taip troubleshooter  dalam kotak carian  ̶> 
klik Troubleshooting  ̶> di bawah Network and Internet klik Connect to the Internet.

20.     Masalah sambungan internet

Masalah kehilangan sambungan internet secara tiba-tiba ini ialah
 sesuatu konflik yang agak rumit kerana ia terjadi kerana banyak sebab. 
Perkara pertama yang boleh anda lakukan cuba jalankan 
troubleshooter Network (seperti di atas) untuk membantu diagnosis. 
Jika ia masih tidak berjaya, cuba cari puncanya dengan mengingati 
perkara yang dilakukan sebelum masalah tersebut.

Penyelesaian

Jika masalah ini berlaku selepas anda memasang perisian baru, semak
 tetapan sambungan jika ia telah berubah. Klik kekunci Start  ̶> 
Control Panel  ̶> Taip perkataan Adapter di kotak carian dan bawah
 Network and Sharing Center klik View network connections. Klik kanan 
pada sambungan  ̶> Properties. Jika memerlukan kata laluan untuk 
pengesahan, berikan dan ikut langkah-langkah tersebut.