PANDUAN LATIHAN MENGOSONGKAN BANGUNAN
- Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
- Semua murid hendaklah:
- berhenti daripada membuat semua kerja.
- berdiri dengan tenang.
- membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan, tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
- mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
- guru atau ketua kelas adalah orang terakhir meninggalkan kelas dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta semua pintu.
- semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan.
- Bagi murid dan guru serta kakitangan yang berada di Bilik Sains, mereka dinasihatkan untuk menutup/mematikan ibu sawat elektrik/injap gas sebelum meninggalkan Bilik Sains.
- Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg sekolah apabila meninggalkan kelas. Hanya dokumen yang penting seperti kad pengenalan/dompet perlu diambil.
- Guru yang mengajar pada masa itu perlu mengarahkan murid ke tempat selamat yang telah ditetapkan dengan kadar segera.
- Guru dan ketua kelas perlu mengawal murid, menjaga disiplin dan ketenteraman murid dalam pergerakan menyelamatkan diri.
- Bagi murid -murid yang tidak berada di dalam bilik darjah ketika loceng kecemasan dibunyikan (seperti berada di dalam bilik air atau kantin) hendaklah serta-merta pergi ke tapak selamat seperti yang ditetapkan untuk bersama-sama dengan murid yang lain.
- Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
- Guru kelas akan memastikan semua murid berada di tapak selamat berpandukan buku Jadual Kedatangan Murid. Ketua kelas perlu menolong guru kelas untuk mengira murid-murid yang telah tiba di tempat yang ditentukan.
- Jika terdapat murid yang tidak terdapat di tempat perhimpunan, maka guru kelas hendaklah serta-merta melaporkan nama murid tersebut kepada AJK Keselamatan.
- Pihak pentadbir, kakitangan pejabat, staf sokongan dan semua warga SK Tagaroh, Kota Marudu juga harus berada di tapak selamat.
- Kakitangan pejabat akan membawa semua buku kedatangan murid ke tapak selamat.
- Tidak seorang pun dibenarkan masuk ke dalam bangunan untuk mengambil barang-barang yang tertinggal.
- Guru-guru dan kakitangan sekolah mesti mengikut laluan yang ditetapkan.
- Sekiranya semua berjalan dengan lancar dan tiada masalah murid-murid boleh balik ke kelas.
TUGAS GURU KELAS
- Mengawal pergerakan murid meninggalkan bangunan.
- Mengenalpasti kehadiran murid pada waktu pertama pada hari latihan.
- Mengambil kehadiran murid semasa latihan berlangsung berdasarkan buku kedatangan murid.
- Menolong mengawal disiplin murid semasa di berada di tapak selamat.
TUGAS GURU YANG SEDANG MENGAJAR
- Berhenti mengajar dan mengarahkan murid meninggalkan kelas dan menuju ke tapak selamat
- Mengawal disiplin murid semasa perjalanan ke tapak selamat
TUGAS GURU YANG BERADA DI BILIK DARJAH / KANTIN DAN BILIK-BILIK KHAS
- Arahkan semua murid keluar dari tempat-tempat tersebut dengan tenang
- Tutup semua suis elektrik dan pintu.
- Iringi murid ke tapak selamat.
No comments:
Post a Comment