Monday, 15 May 2017

AMARAN DAN NASIHAT ANCAMAN SERANGAN SIBER RANSOMEWARE "WANNACRY"




Apa Itu WannaCry?

WannaCry ialah sejenis ransomware (ransom + malware) yang akan menjangkiti sesebuah mesin/PC/laptop dan akan melakukan enkripsi (ibaratkan seperti sebuah penjara) supaya ia tidak dapat diakses oleh pemiliknya.

Sejurus selepas itu, ia akan memberitahu pemilik dokumen untuk membayar wang tebusan dalam bentuk Bitcoin sebagai pertukaran bagi mendapatkan 'kunci' untuk 'membebaskan' fail yang telah 'ditawan'. Kerana itu ia digelar ransomware. Ransom kalau di terjemahkan adalah tebusan.

Apa Lagi Ciri WannaCry?

Malware ini merebak seperti worm, yang mana ia akan melakukan imbasan terhadap komputer-komputer lain yang boleh dijangkiti dan terus melekap padanya, melalui kerentanan pada sistem operasi Microsoft, khususnya Windows XP dan Windows Server 2003.

Sekiranya satu komputer mula dijangkiti, maka kesemua komputer yang berada dalam satu rangkaian akan turut dijangkiti.

Malware tersebut juga memiliki sejenis pakej enkripsi yang akan memuat turun dirinya secara automatik kepada komputer yang dijangkiti itu lalu terus mengunci kesemua fail pada PC tersebut, juga PC lain yang bersambung kepadanya dan meminta sejumlah bayaran tebusan.

WannaCry Versi Baru

Terdapat pengumuman dari beberapa pengkaji sekuriti yang mengatakan bahawa kini terdapat WannaCry versi terbaru.
Apa Yang Boleh Dilakukan Sebagai Langkah Pencegahan Jangkitan?

1. Kemaskini sistem operasi dengan memuat turun tampalan terbaru dari Microsoft untuk Windows XP, Windows 8, dan Windows Server 2003.

Muat turun tampalan tersebut boleh didapati di laman Microsoft, dan juga di sini.

2. Pengguna Windows 10 pastikan sistem operasi anda telah dikemaskini. Buat masa ini anda telah dilindungi secara automatik.

3. Berhati-hati dalam membuka sebarang lampiran pada emel, tidak kira sama ada dari sumber mana pun.

4. Pengguna Linux elakkan dari menggunakan WINE.

5. Sekat alamat IP berikut:

a. 205.186.153.200
b. 96.127.190.2
c. 184.154.48.172
d. 200.58.103.166
e. 216.145.112.183

6. Sekat alamat emel ini: alertatnb@serviciobancomer.com

7. Sekat sambungan ke laman berikut:

a. www.rentasyventas.com/incluir/rk/imagenes.html?retencion=081525418
b. http://www.ren tasyventas.com/incluir/rk/imagenes.html?retencion=081525418
c. https://graficagibin.com.br/loja/q.hta

8. Buat salinan sandaran pada cakera keras luaran.

9. Sekat port SMB (139, 445) dari semua host luaran boleh capai.

10. Sekiranya dijangkiti, JANGAN bayar wang tebusan.

11.  Memastikan organisasi anda menjalankan sistem operasi yang disokong secara aktif, yang menerima kemas kini keselamatan. Lebih mudah sekiranya gunakan Windows 10 terus, kerana sekurang-kurangnya ia disokong oleh Microsoft.

12. Melaksanakan pelan pemulihan bencana, termasuk membuat sandaran dan memulihkan data dari peranti yang disimpan di luar talian. Lakukan salinan sandaran terhadap fail yang mungkin menjadi sasaran dengan kerap untuk mengelakkan dari membayar tebusan kepada penggodam.

13. Untuk anda yang tidak beberapa mahir menggunakan komputer, maka adalah digalakkan bagi anda menggunakan Anti Virus yang dikemaskini - sentiasa. Ini adalah kritikal untuk anda. Tiada pilihan lain.

Kredit kepada: GCERT - MAMPU CYBERJAYA

No comments:

Post a Comment

MUKADIMAH

Assalamualaikum.. Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya, Blog Sekolah Kebangsaan Bukit Kalam mula di wujudkan pada 19 Febuari 2016 bersamaan Hari Jumaat. Laman blog ini akan memaparkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan dari masa ke semasa. Insha Allah.. Susun atur bicara pun tidak perlulah terlalu formal, kita buat santai santai sahaja.Vle Frog pun masih lagi beroperasi seperti biasa.Harapan Admin agar Blog ini dapat membantu mana-mana pihak yang ingin mengetahui serba sedikit infomasi terkini mengenai Sekolah .Untuk memberikan sedikit kelainan, laman blog ini akan menyelitkan Sudut IT,Sudut Agama,Petua dan sebagainya untuk dikongsikan bersama. Semoga dengan wujudnya laman blog sekolah ini, hari anda akan lebih ceria lagi. SKBK HEBAT

MISI

"Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara"
Melestarikan : Usaha mengekalkan
Sistem : Set prosedur/ pengorganisasian
Pendidikan : Ilmu pengetahuan mendidik
Berkualiti : Bermutu/ bernilai tinggi
Membangun : Usaha memajukan
Potensi : Keupayaan/ kemampuan/ untuk mencapai/ menghasilkan/ melakukan sesuatu
Individu : Murid
Aspirasi : Cita-cita/ kehendak yang kuat untuk mencapai sesuatu
Negara : Malaysia
VISI

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

Pendidikan : Ilmu mendidik pengetahuan untuk mendidik dalam bentuk mengajar/ melatih/ membimbing
Berkualiti : Bermutu dan bernilai tinggi
Insan : Murid
Terdidik : Menerima didikan
Negara : Malaysia
Sejahtera : Harmoni


Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam komited menyampaikan ilmu mendidik yang bernilai tinggi kepada murid sekolah ini supaya mereka menerima didikan yang membolehkan Malaysia sentiasa berada dalam suasana yang harmoni.



FALSAFAH SEKOLAH
Warga pendidik dan sokongan Sekolah SK Bukit Kalam sentiasa berusaha mengekalkan sistem pendidikan yang bernilai tinggi

MOTO SEKOLAH
"CERIA CEMERLANG"

YELL SEKOLAH
SKBK HEBAT

Email tidak Rasmi : skbk2016@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...